Jenis-Jenis Buah Syaitan One Piece

 Tiga jenis Akuma No Mi (Buah Syaitan) One Piece

Akuma No Mi (Buah Syaitan) adalah buah yang didapati di dalam anime dan manga One Piece yang memberikan istimewa kepada pemakannya namun menyebabkan penggunanya tidak boleh berenang. Buah Syaitan merupakan salah satu penggerak utama kepada plot One Piece kerana ia merupakan punca kuasa kebanyakan wataknya. Terdapat tiga jenis Buah Syaitan di dalam One Piece iaitu:

Paramecia (Super Human)
Paramecia adalah salah satu daripada 3 jenis buah syaitan yang terdapat dalam One Piece dan ia dapat memberikan pemakannya kebolehan memanipulasi persekitaran atau menghasilkan sesuatu bahan.
Contoh watak yang memakan buah Paramecia:
Monkey D Luffy (Gomu-Gomu no Mi)
Nico Robin (Hana-Hana no Mi) 
Edward Newgate/Whitebeard (Gura-Gura no Mi)

Zoan (Manusia, Manusia-Binatang, Binatang)
Buah Syaitan berjenis Zoan pula memberikan pemakannya kebolehan untuk bertukar menjadi spesis-spesis haiwan atau raksasa yang berbeza. Pemakannya juga akan mendapat kebolehan spesis buah yang dimakan contohnya Chopper yang mendapat kebijaksanaan manusia setelah memakan buah Hito-Hito No Mi (Buah Manusia).
Antara pemakan Buah Syaitan Zoan ialah:
 Tony-Tony Chopper (Hito-Hito no Mi)

Rob Lucci (Neko-Neko no Mi model: leopard)
Pekoms (Kame-Kame no Mi)

 Logia (Kuasa Suci/Mistik)
Jenis Buah Syaitan yang ketiga adalah Logia yang dikatakan antara buah syaitan yang paling jarang ditemui dan yang paling berkuasa antara ketiga-tiga jenis Buah Syaitan. Pemakannya akan memperoleh kebolehan untuk menghasilkan sesuatu unsur, tenaga, dan bertukar menjadi unsur atau tenaga tersebut. Ini adalah berbeza dengan Paramecia kerana sesetengah Paramecia menukar tubuh pemakannya kepada sesuatu yang ketara seperti Luffy.
Pemakan Buah Syaitan Logia:
Sabo (Mera-Mera no Mi)

Marshall D. Teach/Blackbeard (Yami-Yami no Mi)
Crocodile (Tsuna-Tsuna no Mi)

Masih terdapat banyak lagi misteri mengenai Buah Syaitan dalam siri One Piece yang belum terungkai. Jika anda berpeluang mempunyai kuasa Buah Syaitan, buah mana/apa yang akan anda pilih? Tinggalkan komen dan cadangan anda untuk topik seterusnya yang patut admin cover untuk isu seterusnya.

Comments