Jenis-Jenis Buah Syaitan One Piece

Tiga jenis Akuma No Mi (Buah Syaitan) One Piece Akuma No Mi (Buah Syaitan) adalah buah yang didapati di dalam anime dan manga One Piece yang memberikan istimewa kepada pemakannya namun menyebabkan penggunanya tidak boleh berenang. Buah Syaitan merupakan salah satu penggerak utama kepada plot One Piece kerana ia merupakan punca kuasa kebanyakan wataknya. Terdapat tiga jenis Buah Syaitan di dalam One Piece iaitu: Paramecia (Super Human) Paramecia adalah salah satu daripada 3 jenis buah syaitan yang terdapat dalam One Piece dan ia dapat memberikan pemakannya kebolehan memanipulasi persekitaran atau menghasilkan sesuatu bahan. Contoh watak yang memakan buah Paramecia: Monkey D Luffy (Gomu-Gomu no Mi) Nico Robin (Hana-Hana no Mi) Edward Newgate/Whitebeard (Gura-Gura no Mi) Zoan (Manusia, Manusia-Binatang, Binatang) Buah Syaitan berjenis Zoan pula memberikan pemakannya kebolehan untuk bertukar menjadi spesis-spesis haiwan atau raksasa yang ber...